Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Selamat datang ke blog pertama saya. Sebelum saya meneruskan blog-blog saya yang seterusnya, Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan latar belakang saya! Semoga kita saling mengenali pada masa akan datang. 😊
Nama Penuh: Muhammad Syarifuddin bin Md Akhir
Nama Samaran: Din
Tarikh Lahir: 31 Januari 2001
Tempat Lahir: Hospital Lama Alor Setar, Alor Setar, Kedah
Bil adik beradik : 5 orang (anak kedua)
makanan kegemaran : Nasi putih daging merah
minuman kegemaran : Milo ais
warna kegemaran: Biru
Asal: Kampung Mergong Hilir, Alor Setar, Kedah
Status: Bujang
Tinggi: 179cm
Berat: 65kg
Agama: Islam
Jantina: Lelaki
Kewarganegaraan: Malaysia
Kaum: Melayu
Hobi: Bola sepak, futsal, hiking, kayak
Cita-cita: Jurulatih Terkenal
PENDIDIKAN

Alhamdulillah saya menamatkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar Kedah. Sepanjang saya belajar di situ, pelbagai kenangan pahit dan manis bersama rakan-rakan dan guru-guru sehinggalah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018. Saya memperolehi keputusan tidaklah begitu baik tetapi layak untuk menerukan pengajian ke kolej tingkatan 6 di Kolej Tingkatan Enam Sultan Salehhuddin (KTESS) Di Hutan Kampung. Saya menamatkan pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2020 dengan keputusan PNGK 2.75. Walaupun keputusan ini dianggap cukup-cukup makan untuk meneruskan pengajian di Universiti awam, Namun saya yakin rezeki dimana-mana dan akhirnya saya berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) jurusan Sains dan Kejurulatihan pada tahun 2020.