Hai semua, saya mempunyai beberapa hobby untuk mengisi waktu lapang saya. Kamu boleh contoh gambar di bawah.
FUTSAL
Gambar di atas merupakan aktiviti sukan saya yang paling saya gemar iaitu bermain futsal. Aktivit futsal ini sangat menyeronokkan dan sangat puas apabila kita bermain. Pemainan ini memerlukan banyak tenaga kerana dalam gelanggang hanya perlu lima orang satu pasukan. Meskipun futsal di negara kita tidaklah begitu gah tetapi saya yakin pada masa akan datang pemainan ini mampu setanding dengan pertandingan bola sepak. Di kedah, terdapat juga liga-liga sosial futsal yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun pihak yang mampu menganjurkan pertandingan futsal ini. Dari situ saya dapat lihat dari hobi boleh menjadi satu kerjaya untuk berjaya dalam bidang sukan.
BOLA SEPAK
Apabila pada waktu malam saya sering kali menghadirkan diri ke padang bola untuk mengisi masa lapang saya dengan bermain bola. Meskipun harga padang sekarang lebih mahal berbanding futsal untuk dibayar, tetapi itulah yang dikatakan hobi walaupun mahal tetapi hobi tidak boleh dibeli. Saya juga sering melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di dalam negeri mahupun luar negeri.Tujuan saya melibatkan diri adalah untuk mencari pengalaman bermain bukannya untuk menang semata-mata.
HIKING
Hiking merupakan hobi ketiga yang menyeronokkan bagi saya kerana dia mampu meningkatkan mental dan fizikal kita semasa mendaki. Ada sesetengah gunung lebih mencabar dan ada juga tidak begitu mencabar, bagi saya hiking juga boleh dikatakan kegemaran orang ramai yang dijadikan hobi mereka. Aktivit hiking ini boleh meningkatkan stamina kita semasa melakukan aktiviti yang menggunakan kaki secara agresif seperti bola sepak dan futsal
STAND UP PADDLE
Saya menjadikan aktiviti stand up ini sebagai hobi kerana ia sangat menyeronokkan. Apabila mempunyai masa yang lapang, sekali sekala saya akan menghabiskan masa dengan aktiviti ini. Aktivti ini lebih kepada seimbangan badan. Apabila kita mampu mengimbangkan badan kita di atas stand up itu, sudah tentu ia tidak mudah jatuh ke dalam air.
ITU SAHAJA HOBI SAYA
Anda haruslah menjadikan salah satu hobi saya menjadikan ia sebagai hobi anda kerana terdapat keseronokkan yang tersembunyi dalam aktivit ini.
No comments:
Post a Comment