Thursday, January 6, 2022

𝓢𝓪𝓽𝓾 𝓱𝓸𝓫𝓲 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝓳𝓪𝓭𝓲 𝓼𝓪𝓽𝓾 𝓴𝓮𝓻𝓳𝓪𝔂𝓪

    

 Hai semua ! blog seterusnya merupakan hobi saya yang menjadi satu kerjaya bagi saya.✌


                                    

                                                                TAHUN 2019

    
TAHUN 2020 (LIGA BATAL)


TAHUN 2021 (LIGA BATAL)


                                                                        TAHUN 2022

Hobi merupakan satu platfom saya untuk menjadikan ia sebagai satu kerjaya yang mampu menampung diri sendiri tanpa mengharapkan ibu bapa. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan dan saya nampak dalam bidang futsal ini merupakan satu kelebihan yang saya ada. Saya berharap anda yang membaca ini mendoakan saya agar terus berjaya dalam bidang futsal ini.

𝓗𝓸𝓫𝓫𝔂 𝓼𝓪𝔂𝓪 𝓹𝓪𝓭𝓪 𝔀𝓪𝓴𝓽𝓾 𝓵𝓪𝓹𝓪𝓷𝓰

 Hai semua, saya mempunyai beberapa hobby untuk mengisi waktu lapang saya. Kamu boleh contoh gambar di bawah.



FUTSAL

    Gambar di atas merupakan aktiviti sukan saya yang paling saya gemar iaitu bermain futsal. Aktivit futsal ini sangat menyeronokkan dan sangat puas apabila kita bermain. Pemainan ini memerlukan banyak tenaga kerana dalam gelanggang hanya perlu lima orang satu pasukan. Meskipun futsal di negara kita tidaklah begitu gah tetapi saya yakin pada masa akan datang pemainan ini mampu setanding dengan pertandingan bola sepak. Di kedah, terdapat juga liga-liga sosial futsal yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun pihak yang mampu menganjurkan pertandingan futsal ini. Dari situ saya dapat lihat dari hobi boleh menjadi satu kerjaya untuk berjaya dalam bidang sukan.




BOLA SEPAK

        Apabila pada waktu malam saya sering kali menghadirkan diri ke padang bola untuk mengisi masa lapang saya dengan bermain bola. Meskipun harga padang sekarang lebih mahal berbanding futsal untuk dibayar, tetapi itulah yang dikatakan hobi walaupun mahal tetapi hobi tidak boleh dibeli. Saya juga sering melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di dalam negeri mahupun luar negeri.Tujuan saya melibatkan diri adalah untuk mencari pengalaman bermain bukannya untuk menang semata-mata.



HIKING


Hiking merupakan hobi ketiga yang menyeronokkan bagi saya kerana dia mampu meningkatkan mental dan fizikal kita semasa mendaki. Ada sesetengah gunung lebih mencabar dan ada juga tidak begitu mencabar, bagi saya hiking juga boleh dikatakan kegemaran orang ramai yang dijadikan hobi mereka. Aktivit hiking ini boleh meningkatkan stamina kita semasa melakukan aktiviti yang menggunakan kaki secara agresif seperti bola sepak dan futsal








STAND UP PADDLE

Saya menjadikan aktiviti stand up ini sebagai hobi kerana ia sangat menyeronokkan. Apabila mempunyai masa yang lapang, sekali sekala saya akan menghabiskan masa dengan aktiviti ini. Aktivti ini lebih kepada seimbangan badan. Apabila kita mampu mengimbangkan badan kita di atas stand up itu, sudah tentu ia tidak mudah jatuh ke dalam air.


ITU SAHAJA HOBI SAYA
Anda haruslah menjadikan salah satu hobi saya menjadikan ia sebagai hobi anda kerana terdapat keseronokkan yang tersembunyi dalam aktivit ini.

𝓫𝓲𝓸𝓭𝓪𝓽𝓪 𝓼𝓪𝔂𝓪

 



 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Selamat datang ke blog pertama saya. Sebelum saya meneruskan blog-blog saya yang seterusnya, Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan latar belakang saya! Semoga kita saling mengenali pada masa akan datang. 😊



Nama Penuh: Muhammad Syarifuddin bin Md Akhir

Nama Samaran: Din

Tarikh Lahir: 31 Januari 2001

Tempat Lahir: Hospital Lama Alor Setar, Alor Setar, Kedah

Bil adik beradik : 5 orang (anak kedua)

makanan kegemaran : Nasi putih daging merah

minuman kegemaran : Milo ais

warna kegemaran: Biru

Asal: Kampung Mergong Hilir, Alor Setar, Kedah

Status: Bujang 

Tinggi: 179cm

Berat: 65kg

Agama: Islam

Jantina: Lelaki

Kewarganegaraan: Malaysia

Kaum: Melayu

Hobi: Bola sepak, futsal, hiking, kayak

 Cita-cita: Jurulatih Terkenal


PENDIDIKAN


                                               



    Alhamdulillah saya menamatkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar Kedah. Sepanjang saya belajar di situ, pelbagai kenangan pahit dan manis bersama rakan-rakan dan guru-guru sehinggalah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018. Saya memperolehi keputusan tidaklah begitu baik tetapi layak untuk menerukan pengajian ke kolej tingkatan 6 di Kolej Tingkatan Enam Sultan Salehhuddin (KTESS) Di Hutan Kampung. Saya menamatkan pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2020 dengan keputusan PNGK 2.75. Walaupun keputusan ini dianggap cukup-cukup makan untuk meneruskan pengajian di Universiti awam, Namun saya yakin rezeki dimana-mana dan akhirnya saya berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) jurusan Sains dan Kejurulatihan pada tahun 2020.



𝓢𝓪𝓽𝓾 𝓱𝓸𝓫𝓲 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝓳𝓪𝓭𝓲 𝓼𝓪𝓽𝓾 𝓴𝓮𝓻𝓳𝓪𝔂𝓪

      Hai semua ! blog seterusnya merupakan hobi saya yang menjadi satu kerjaya bagi saya.✌                                                 ...